Wednesday, June 08, 2011

berhijrah

Salam.

Pulang semula ke kolej membuatkan aku berfikir tentang beberapa perubahan yang bakal berlaku. Namun begitu , aku tidaklah mengharapkan perubahan yang drastik. Adatlah , apa yang kita tak mahu , itu yang kita dapat. Betul tak ?

Ya , banyak perubahan yang telah berlaku selepas seminggu kat sini. Bagi aku , ia sangat drastik. Mungkin bagi korang ni biasa saja.

Antara perubahan yang berlaku :

  1. Aku sekarang pelajar Sains Fizik. Aku dapat course ini & terima dengan hati rela. Yelahh , seberapa banyak aku lari daripada Fizik , tetap juga aku akan jumpa Fizik. So , mungkin sudah jodoh aku dengan Fizik. Siapa tahu ?
  2. Aku sudah bertukar blok , kalau dulu dekat je nak pergi kuliah semua. Sekarang blok dah jauh la , walaupun takla jauh mana berbanding A1.
  3. Aku tak sempat tidur petang dah. Banyak sangat kerja nak buat. 
  4. Aku makan nasi sekali je sehari =.= Bukan takde duit. Tapi tak sempat nak curi masa.
  5. Aku jarang bukak laptop. Selama aku kat sini. Ni baru kali kedua aku lawat blog aku yang semakin usang ni.
  6. Aku rasa aku macam surau & library tu bilik kedua dan ketiga aku. Bukan apa , bilik jauh masa sejam je. Dahla duduk tingkat 4. Daripada naik bilik-tak sempat buat apa-dah kena turun balik , baik aku duduk je kat surau dengan libraray tu.
Ya , ini perubahan bagi aku yang amat ketara. Aku makin serius dalam belajar. Bohonglah kalau aku katakan aku suka keadaan macam ni. Jujur aku rindukan kehidupan tahun lepas. Sangat. Tapi , setiap orang perlu berhijrah dalam hidup masing-masing. Tetapkan matlamat , InsyaAllah tercapai.

"Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.” - Rasulullah SAW.

Sunday, May 29, 2011

FAREWELL , RAFAIE !

Salam.

Last nite , ada perjumpaan PRD. Rafaie menyatakan hasrat dia nak meletak jawatan & nak lantik MT baru. Okayy , agak sedih disini sebab aku bayakkkkk buat salah dengan dia & kitorang bebudak PRD semua dah banyak kenangan dengan Paie ni. Yelaaa , timbalan presiden kan ?

So , pagi tadi konon macam farewell party la untuk Paie. Kat mana ? Kedai roti canai bawah jamtan tu ha. Ni ada sikit gambar untuk tatapan korang. Orang sikit je , tapi makan punyalahh banyak gila. Tu pun masih ada pinggan yang berlapik. Siap boleh bungkus lagi. Terbaikkk laa.

L-R : Atif , Paie , Pali , Akmal
L-R : Su , Asma & Me
L-R : Izzati , Fatin , Afiah & Aisyah
Sapa Rafaie ?
Sebelah kiri tu Paie okayy ?
Paie , aku nak mintak maaf bebanyak kat kau atas semua salah silap aku gaduh semua. Sorry sesangat. Takpe la , biar tu jadi kenangan bila kau rindu kat aku nanti :p Agaga. Semoga kau tak lupa kitorang semua kat sini. Ingatlah yang kau tu pernah jadi sebahagian dari kitorang. Walau apa orang cakap kat kau , kau terbaik lahh. All the best dalam apa pun pilihan kau !
PS : Tertanya-tanya siapa presiden baru :)

Saturday, May 28, 2011

Kalah atau mengalah ?

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ada orang suka kalah ke ? Mana ada orang tak suka menang !

Situasi 1 :
Kat satu tempat yang sesak , semua berebut naik nak naik satu bas. Memandangkan lelaki dah kat depan , so diorang lah yang naik bas tu dulu kan ? Bila giliran para gadis dah dapat masuk wajar tak seorang lelaki tu masih berebut dengan gadis tadi ? Bertolak agar dapat masuk walhal dalam tu masih banyak tempat kosong ? Tak kan ? Jadilah gentlemen sikit. Tak rugi pun kalau mengalah kejap bagi perempuan tu masuk.

Situasi 2 :
Pada suatu malam yang hening , dua beradik bergaduh sebab berebut remote tv. Si abang dan si adik. Berebut kan remote sampai si kecil tu menangis. Dua-dua tak nak mengalah walau sikit pun. Wajar tak seorang abang tu berebut dengan adik dia ? Tak kan ? Tak rugi pun kalau mengalah kejap bagi adik remote tu.

Bagi aku , dengan mengalah kita sebenarnya bukan seorang yang kalah. Dengan mengalah kita sebenarnya menang. Menang di hati kawan. Menang di hati keluarga. Kita di sayangi , kita di hargai. Ya , tak rugi langsung kalau mengalah. Jadilah seorang pemenang , terutamanya dengan keluarga. Keluarga adalah segalanya. Hargai mereka selagi kita masih punya mereka.

PS : Kalah main chess dengan adik =.=

Tuesday, May 24, 2011

BAHANA SALAH FAHAM

Salam , 

Nampaknya , ramai orang dah salah anggap la pasal Safiq Rahim tu. So , kat sini aku akan clarify semua.

Aku TIADA apa-apa hubungan mahupun hubungan darah dengan Safiq Rahim. 
YA , tiada apa-apa. Korang semua asyik letak gambar artis je , aku pun nak jugak. Nanti aku letak gambar artis tu , korang kata copycat pulak. So , aku letak la gambar si Safiq ni okayy ? Kalau si Safiq ni , memang la aku setakat boleh berangan je. Macam korang tak berangan. Korang tu , letak itu ini lebih daripada aku takpa pulak kann ? So , takyah la nak suro aku remove or apa pun okayy ?

Orang dalam gambar dekat entri ni BUKAN Safiq Rahim.
YA , di dalam gambar itu bukan Safiq okayy ? Itu adalah Saiful , yang aku pernah sebutkan dalam entri ni. Dia tu jadi sejarah dah dalam hidup aku. So , korang jangan nak cakap pulak yang dalam gambar tu Safiq okayy ? Dia takde kena mengena pun dalam cerita hidup aku. Jangan pulak korang pergi belasah Safiq sebab korang ingatkan Safiq dalam gambar yang aku blur kan tu =.=" 

Safiq , Sesafiq & Safiq K BUKAN orang yang sama.
YA , mereka bukan orang yang sama. Sesafiq adalah klon Safiq Rahim kat kolej aku ni dan berusia 19 tahun , okayy ? Aku pernah cerita pasal dia kat dalam entri ni dulu. Sekarang ni , dia takde dah kat kolej aku. Namun begitu , ada sorang junior yang baru masuk ni juga ada yang sama dengan Safiq Rahim. Aku dan kengakawan panggil dia Safiq K , sebab dia kelas 'K' ! Ya , aku belum pernaah cerita pasal Safiq K sebab dia baru je masuk kat kolej ni & dia baru je berusia 18 tahun.

Untuk awak , awak dan awak , kat sini saya dah jelaskan semua. So , takyah la nak cakap pasal apa atau tentang apa-apa yang tidak berapa betul atau awak tak berapa tahu tentang saya. Sila faham okayy ? TERIMA KASIH.

PS : Safiq , sorry atas semua kecelaruan ni :(

Friday, May 20, 2011

RUGI SEORANG ENGKAU SELEPAS 5 TAHUN


My stupid love ,

Its always your fault, because if you wanted to change u’re the only one who has got to change.
So , I guess you were the one of those people who were supposed to walk into my life , teach me a a lesson & then walk away.

I dont care if u read this , but u should know im so over you. Dude , u're such an e**ing.


PS : Sila belasah dia jika terjumpa.

KEMBALI :)

 Salam.

Setelah hampir 3 minggu aku tidak jejak kan kaki ke alam blogging ni , hari ini aku kembali dengan semangat baru *boleh laa* dan masih mampu bernafas di Bumi ini untuk beribadah mencari bekalan untuk hari yang kekal abadi. Ya , laptop aku telahpun berfungsi dengan baiknya , credit untuk Ahmad Zharif yang bertungkus lumpus melawan virus yang ada. Sakit sudah hampir tiada melainkan kebas di tempat yang bengkak itu. Tapi , boleh berjalan dangan baik , jadi jangan risau. Tapi , mungkin hanya trauma yang belum aku dapat atasi. Sebab aku masih jerit-jerit lagi dalam kereta sebab aku rasa mak aku macam nak langgar je.

CEMANA KEMALANGAN TU BOLEH JADI ?
Klik sini untuk keterangan lanjut. 



*Dua gambar kat atas ni bukan kitorang , okayy ?*

Lokasi kejadian :
*klik untuk tumbesaran*
Jutaan terima kasih buat family Kak Tiqa sebab sudi jaga kitorang masa accident tu , terharu betul. Terima kasih Kak Tiqa , Kak Al sebab kita dah lalui semua sesama - Tawa , riang , canda , benci juga rindu mimpi dan harapan. Terima kasih jugak dekat mak Kak Tiqa , untuk sayur labu tu =.=' SEDAP BETUL. Terima kasih dekat Dokter ala-ala hindustan tu , abg xray dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jutaan terima kasih juga buat warga Blogger Perak yang mendoakan keselamatan kitorang.

Jasa korang akan dikenang sampai akhir hayat. 

Sayang selalu.
 *Aten , tiada dalam gambar.*

PS : Kereta Kenari berbentuk Y , tiang lampu patah dan signboard patah dan terkeluar dari tanah. Cermin kereta sebelah kiri pecah. Sila bayangkan untuk gambaran sebenar kereta :p

PSS : Kejadian ini adalah 'benda nak jadi' ye Kak Tiqa. Bukan salah Kak Tiqa , sapa suruh tiang lampu & signboard tu ada kat situ kan ?

Monday, May 09, 2011

berkubur

BLOG INI TIDAK AKAN BEROPERASI BUAT MASA INI.
AKAN BERKUBUR SEKETIKA.

3 SEBAB :
-DITIMPA KEMALANGAN.
-MASIH DALM KESAKITAN & TRAUMA
-LAPTOP DISERANG VIRUS
-DAPAT HANPHONE BARU =.="

SEKIAN , TERIMA KASIH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...