Saturday, November 20, 2010

aku berdebar , maksudnya ?

Aku sanggup tinggal di rumah sepanjang hari daripada ikut family pegi shopping.
Aku sanggup tinggal di rumah sepanjang hari daripada ikut adik aku pegi BBQ.
Aku sanggup duduk menghadap tv sepanjang hari daripada kemas barang nak balik kolej esok.
Aku sanggup duduk menghadap tv sepanjang hari daripada lunch awal.
Aku sanggup duduk mengahadap tv sepanjang hari dengan satu channel jea.

Hari ini aku sangat bukan sangat dah , tapi TERSANGAT lahh devoted kat Astro ARENA , CH 801 tu.

Semuanya sebab nak tgk team sepak takraw dan jugak badminton.
Aku mengaharapkan emas bagi badminton. Tapi , untuk takraw aku tak berapa yakin sangat sebab aku tengok skill Thailand agak power walaupun aku naaaak sangat Malaysia menang. Aku dah menyampah gila kat team diorang tu yang berlagak sampai tak tahan aku.

Badminton pulak , aku dah yakin diorang boleh menang kat 2nd set.
Tapi bila dah aku tak senang duduk masa nak habis 2nd set , hadoi , boleh pulak diorang pegi extend sampai 3rd set.
Takpe lah korang , bagi jelah dorang rasa cium pingat tu kejap. Nanti , amik lah balik.

p/s : Aku suka pemain takraw jersy nombor 5 tu , dia comel.
Mohd Futra Abd Ghani *^^*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...