Thursday, March 31, 2011

McD crazeee.

Salam readers ,

Hari ni serius hari yang sangat letih. Beratur seawal 8 pagi dekat McD Tambun , tapi hanya dapat menjejak kaunter pada pukul 8.55 pagi. Orang punya la belambak gila , semua muka cam tak tido malam. Buat apa tak tau. Blogging jugak kot. Barisan panjang berjelaaaa. Sesak sangat. Drive thru pun dah macam tol rosak. Sangat sesak. Gara gara apa ?


Apa ni ?

Okay , ini adalah kupon free from McD. Korang boleh beli apa apa dengan minimum RM5 & korang akan dapat 2 set Big Breakfast for freeeee. Free kot. Memang la berjelaa orang sanggup beratur. Kesian dah aku tengok pekerja kat situ , macam lipas kudung dah. Kat kitchen tak tengok lagi , ramai gila. First time aku tengok kitchen sesibuk tu. Respek gila lah kat korang.

Aku beli untuk 3 kupon , so aku dapat 6 set Big Breakfast for free. Lepas dah lepas dari crowd dalam McD , kereta tak dapat jalan sebab ramai gila kereta nak masuk*tak tau penjodoh bilangan untuk kereta* . Stucked kat situ dekat 20 minit. Hantar 2 set dekat Aunty Anita , 1set dekat Aisya , 1 set dekat Mama, 1 set dekat Arief yang lain bawak balik rumah. Penat , sampai rumah dekat pukul 11. *merepek dah ni , tetibe dah habis*

PS : Maaf , entri rojak ini.

Limited time offer !

Okayy , memandangkan cuti selama 2 bulan telah menjelma aku kini melepak di rumah serta menternak lemak. Pelbagai aktiviti dirancang , namun tak tau semua tu dapat di realisasikan atau tidak. Contohnya , bekerja , mengambil lesen , menjadi suri rumah dan sebagainya.

Oleh itu , sila bertemu janji dengan saya pada bila bila masa dalam tempoh 2 bulan ini. Ulang : 2 bulan. Sesungguhnya , saya akan free. Melainkan ada aral yang melintang. Sila take note ye.

Kepada kawan kawan lama , anda bolehlah datang melepak kat rumah saya atau ajak saya melepak kat rumah korang. Sekian , terima kasih.

Yang benar ,
Nabila Shah.

PS : Pergi gath Blogger Perak April 10 ni :)

KAWAN JADI LAWAN

                             Dahulu parang sekarang besi 
                                     Dahulu sayang sekarang benci.

Selalunya , bila kita tahu kita melakukan salah , kita akan meminta maaf. Bukan senang nak minta maaf secara ikhlas. Ya , meminta maaf itu meruntuhkan keegoan diri. Kenapa lebih banyak orang menggunakan 'Sorry' daripada 'Maaf'. Maaf , perkataan ringkas tapi sangat bermakna. Memaafkan mengurangkan beban.


Aku terasa terpanggil untuk membuat entri ni apabila seorang kawan meluahkan rasa kecewa terhadap seorang kawan baik dia. Mungkin bekas kawan baik. Dendam yang selama ini dipendam , ledak macam gunung berapi. Ya , kita semua punya kelemahan. Tapi , bukankan lebih baik membaiki kelemahan itu daripada tetap redha dengan kelemahan yang kita punya tu ?

Tamatnya sesi pengajian , masing masing membawa diri. Delete kawan baik dari Facebook. Kenapa perlu macam tu ? Tak nak kawan tu stalk ? Tak nak ada hubungan dengan dia langsung dah ? Macam tu pulak ? Hello , dulu korang kawan baik la. Ingatla sikit pengorbanan masing masing. Takkan nak musnahkan persahabatan yang dah terjalin tu dengan sifat ego masing masing. Ye , korang dah besar. Dapat menilai baik buruk.

Seronok hati aku bila dapat tahu Aton (bukan nama sebenar) dah text untuk mintak maaf walaupun dah dekat rumah. Tapi , sedih hati aku bila Minah (bukan nama sebenar) cakap ,

'Sorry , salah nombor kot. Saya tak bercakap dengan malaikat.'

Terdiam aku di situ. Nilailah sendiri.
"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"
Oleh itu , saya dengan rendah hatinya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada melakukan kesilapan , mengguriskan hati & menyentapkan mana-mana pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.

PS : Entri ini bukan berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Wednesday, March 30, 2011

Tarian pemujaan roh ?

Salam readers , 

Buat pecinta tarian poco- poco atau pengamalnya , sila ambil perhatian.

APA KATANYA ? 
"... diharamkan tarian atau senaman poco - poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian."

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan"

Okayyy. Ini seronok sekali. Next semester untuk Majlis Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) takyah la kitorang berpoco - poco lagi untuk senamrobik. Sila take note ye wahai senior- senior.

Mungkin lepas ni tarian 1Malaysia tu di upgarade ? =.="

PS : Kena belajar tarian baru la lepas ni.

Monday, March 28, 2011

5 TAHUN 5 HARI

Kerana bersabar dengan saya , terima kasih.
Kerana faham saya , terima kasih.
Kerana berada kat sisi bila saya perlukan , terima kasih.
Kerana bergaduh dengan saya , terima kasih.
Kerana menasihati saya , terima kasih.
Kerana memerlukan saya , terima kasih.
Kerana menjadi kawan baik saya , terima kasih.
Kerana percayakan saya , terima kasih.
Terima kasih untuk semuanya.
You're the sunshine & the rainbow.

Taknak cari kawan lain ke ?

PS : Sorry , tak ley publish gambar. Dia perasan artis ;p

LADY GAGA AJAK REMAJA MALAYSIA PROTES ?

Salam readers.


Siapa tak kenal Lady Gaga kan ? Famous dengan lagu Bad Romance , Alejandro & macam macam lagi. Mesti korang dah tau pasal isu lagu Born This Way by Lady Gaga tu ? Lagu tu jadi censored issue kat Malaysia ni. So , kat bawah ni ada interview untuk Lady Gaga oleh Google. Lady Gaga ajak remaja remaja protes tindakan menepis lagu lagu dia kat radio.


Apa yang Lady Gaga cakap ?
"Well obviously I disagree with it, otherwise I wouldn't have specifically put those words in a song that I knew would be put on Top 40 radio. What I would say is for all the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard. You must do everything that you can if you want to be liberated by your society: you must call, you must not stop, you must protest peacefully. I don't believe in violence. I don't believe in negativity. There is no reason to be derogatory. You just have to keep fighting for what you believe in."
Aku bukan tak suka Lady Gaga , bukan juga benci. Tapi , pada pendapat aku , Lady Gaga sepatutnya hormat adat dan budaya masyarakat timur kat Malaysia. Bukannya ajak lagi remaja remaja ni protes. Yelakan , remaja ni mudah terpengaruh. Bila dah protes nanti , mula la jadi isu tu isu ni. Gaduh sana gaduh sini.

Semua orang ada pendapat sendiri , tahu mana baik mana buruk. Korang nilailah sendiri. Ini pendapat aku , aku tahu mana baik mana buruk. Kalau ada yang tak setuju dengan pendapat aku , itu hak anda.

PS : Berikan petunjuk ke jalan yang lurus.

Siapa cakap soya tu tak bagus ?

Salam readers.

Tadi pergi menjelajah blog blog orang sambil mengorek isi isi dorang. Masa melawat blog Shah Jihan *tengok tengok , sama Shah la* ada terjumpa satu entry ni. Masa tu macam gelabah gila tengok. Kenapa ? Sebab aku sukaa soya okayy ? Suka soya. Suka soya sebab soya sedap , bukan sebab teringin dapat anak putih melepak *okayy , berangan. belum berkahwin pun lagi*. So , inilah dia kebeurukan soya yang telah SJ copy paste dari page Ustaz Hashim Al - Maranji.

Soya adalah salah satu makanan yang digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan mengandungi nutrien penting dan protein. Banyak pendedahan oleh orang Amerika sendiri tentang betapa  soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan?).
KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(: komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(: phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
KESDikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari ! *ini serius*
KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Wallahu a'lam
 Rujukan: 1. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.2. Sila rujuk kepada penulisan dan video oleh Dr. Mercola. 

Kesimpulannya kat sini , bukan tak yah minum langsung. Kalau tengok darpada sudut positif , soya ada juga kebaikan. Jadi , kurangkanlah pengambilan soya tu. Lagipun , soya tu kan manis ? Gantikan dengan air masak kan lebih baik ? Kurangkan gula dalam minuman , lebihkan dalam senyuman :) *berkempen , okayy? *

Buat Asma , lepas ni takde lagilah soya time study group :) Suka lah kau kan ?
Boleh copy untuk kebaikan semua serta peringatan buat pecinta soya tegar :)

PS : Soya dekat Kolej RM2.70 :(

BUNGA BUNGA CINTA NABILA SHAH :P

Bunga bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

♥ ♥ ♥

Okayy guys. Salam. Ini sebenarnya OST Mihrab Cinta oleh Dude Harlino & Asmirandah. Suara Dude best betul. Asyik dengar lagu ni ulang ulang sampai dah hafal lirik dah. *Arghhhhh , Dude ! Cukup cukup. Filem Dalam Mihrab Cinta ni satu lagi karya terkenal oleh Habiburrahman El Shihrazy. NS rasa cerita ni akan sama hit macam Ayat-ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih tu.

Serious , sebab ada Dude Harlino ♥. I love you , Dude.
Saya suka lelaki pakai baju melayu camni. Awww.

Poster Dalam Mihrab Cinta.

Part ni , rambut Dude betul betul kena potong okayy ?


Dah , cukup. Sampai sini jea. Tak boleh tahan tengok muka Dude yang comel tu. Semua gambar dalam ni credit to Google.com okayy. Confirm-confirm la bukan simpanan peribadi saya.

Nak download lagu Bunga Bunga Cinta - Dude Harlino & Asmirandah ?
Klik sini.


Cuba tengok ni ? Comel betul. Macam mana nak lepas. Haishh. =.="

PS : Esok hari istimewa :)

Saturday, March 26, 2011

Kek ke karipap ?

Salam readers ,

Hari ni pergi kelas membakar kek ye. Kek ye kawankawan. Oleh itu , tidak lah dapat saya mengikut Abang Fadil & KSP pg memancing di gath KBU kat Seagate , Penang. Errr , rasa sedih disitu. Sepatutnya jugak akan berjumpa dengan Kak Al dalam kereta Abang Fadil & Aten kat Pacific. Namun semua tu , impian je semata. =.=" Lain kali kita jumpa ye ? Cukup sampai situ.

Hasil kek yang di buat. Hebat kan ?


Okay. Tipu. Ni google yang buat.

Tadi pergi kelas membuat kek , tapi bila dah balik takde kek yang dibuat pun. Tapi karipap. Errr , itu tak pelik.

Nampak sedap kan ? Kan ? Kan ?  Biasa lah. Tengok la sapa yang buatnya. Penat lelah tau buat ni , terpercik habis peluh semua. Rasa pun sedap gila.


Eh ? Mana datang pulak ni ?

Okayy , kantoi. Ni karipap segera. Takde benda nak makan dah. Mak tak balik lagi. Sila beli okayy ? Sebab karipap keluaran Al Hafeez Frozaen Food ni serius sangat sedap. Err , sedap la. *tak dapat komisen pun sebab puji & promote*

PS : Esok jom pergi jusco ?

Thursday, March 24, 2011

Saya bukan lagi orang itu


SAYA , NABILA SHAH MEMEGANG MATRIC ID MS10135XXXXX DENGAN INI TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN DI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG.

Nabila Shah bukan lagi pelajar kolej ini sehingga suatu masa yang ditetapkan.

PS : Pergi makan kat Padaang Kota tadi. Seronokk !

Wednesday, March 23, 2011

Bila semuanya berakhir.

Salam readers , 

Tadi , kitorang baru je dapat borang senarai semak tamat pengajian. Errr , tak tau nak cakap perasaan masa tu. Exited , tapi sedih. Sedih bila tau kita akan tinggalkan kawan kawan & life kita yang dah dekat setahun kita lalui. 

Tak tau nak pilih menamatkan atau berhenti. =.="


 So , bila dah isi , bantal pun dah hantar , beg pun dah kemaskan , tinggal nak hantar kunci bilik je tu maksudnya kita dah betul betul dekat dengan hari terakhir. Hari last nanti ada paper Biology. Esok , tepat pukul 11 pg aku bukan lagi seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.


Tu semua bebarang aku sejak masuk sini. Separuh dah bawak balik minggu sebelumnya. Jadi , takdelah banyak sangat barang. Err , tak banyak kan ni untuk setahun ?

PS : Baca buku Biology sampai rasa macam tercekik Bio dah.

The Queen



A British man came to Sheikh and asked ,
Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man ? 


The Sheikh said,
Can you shake hands with Queen Elizabeth ? 


British man said,
Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. 


Sheikh replied,
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

May Allah Bless , Ameen.

PS : Exam maths susah gila nak mati.

Tuesday, March 22, 2011

Sakit - ujian keimanan ?

 Hari ni hari kedua exam , aku masih lagi demam.
“Allahumma Robban naasi adzhibil ba’sa asyfi antasy syaafii laa syifaa’a illaa syifaa’uka syifaa’an laa yughoodiru saqoman. Imsahil ba’sa rabban naasi biyadikasy syifaa’u, laa aasyifa lahu illaa Anta, as’alullaahal ‘Azhiima, Robbal ‘ arsyil ‘Azhiimi an-yasfiyaka."


“Ya Allah Tuhan segala manusia, jauhkanlah kesukaran/penyakit itu dan sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tak ada ubat selain ubat-Mu, ubat yang tidak meninggalkan sakit lagi. Hilangkan lah penyakit 
itu, wahai Tuhan pengurus manusia. Hanya padamulah ubat itu. Tak ada yang dapat menghilangkan penyakit selain Engkau, aku mohon kepada Alloh yang Maha Agung, Tuhannya ‘arasy yang agung, semoga Dia menyembuhkan anda.” (HR. Bukhari dan Muslim)
 Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Setiap penyakit yang Allah bagi kepada kita semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar. Tetapi, ada masa manusia akan berdepan dengan musibah sakit tetapi ia bukan azab ditimpakan Allah kerana kemurkaan dan kebencian sebaliknya, ia sebahagian daripada kasih sayang Allah dan perhatian-Nya kepada orang beriman.

Ye , Allah sayangkan kita. Sebab tu Dia bagi kita sakit.


Masa sakit adalah masa bagi seseorang untuk merenung, mencermin diri & bermuhasabah terhadap segala perbuatannya yang lalu. Sakit juga isyarat bahawa manusia adalah makhluk lemah dan kerdil yang tidak dapat berbuat apa-apa, masih memerlukan hidayah serta pertolongan Allah yang Maha Berkuasa.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan.
(Riwayat Abu Sunnah)
Manusia diuji Allah sama ada dia insan sabar dan optimis atau mudah berputus asa serta pesimis. Sakit seharusnya dihadapi dan diterima sebagai ujian kesabaran dengan lapang dada dan terbuka.

InshaAllah , aku akan tabah dan sabar bila sakit. Semua ni ujian sebab Allah sayangkan aku. Dia nak gugurkan dosa tu.

PS : Tabah ye , Nabila ?

Monday, March 21, 2011

SAKIT


Cemana rasanya bila sakit masa exam ?
Final exam pulak.
Sangat teruuukkkkk okayy ? Sangat teruk.

Korang tak dapat bayangkan bila aku pegi dewan peperiksaan dengan bersweater , bersapu tangan bawak Vicks ke hulu ke hilir. Hembus hingus masa exam , batuk macam orang gila , pakai Kool Fever lagi.Terok kot. Dahla ada dua paper tadi. English & Physics. Kesian semua orang dalam dewan tu. Aku rasa macam mengundang gila. Dahla ber air cond. Duduk pulak bawah air cond. Memang menggigil la sampai biru semua. Okayy. Sampai biru tu aku sengaja tambah. Tapi memang sujuk la. Sampai pen pun beku , taknak keluar dakwat.

So , korang jagalah diri bebaik supaya masa exam nanti , takde yang sakit. Korang takkan nak rasa yang demam masa exam tu macam mana. 

PS :3 hari lagi ke Ipoh.

Sunday, March 20, 2011

EXAM'S FEVER

Hello korang. Rindu aku tak ? Rindu ? - Okay. Perasan jap.

Minggu exam ni , bilik sungguh semak. Dah tak macam bilik langsung. Buku bersepah. Tertido tido semua orang atas lantai. Nescafe jadi peneman tiap malam. Tidur berselimutkan nota , berkatilkan simen. Sedih bukan ?


 Tak sabar nak habiskan exam. Ipoh tengah tunggu tu. 
Ipoh baby , sabar okayy ?

PS : Hari hari tidoq lambat.

Saturday, March 19, 2011

FAREWELL TRIP

Okayy , our PDT year is coming to an end.  I guess after this , we wont see each others again till next intake. Im gonna miss you guys. Seriously , korang lah yang terbaik kot.

Hari hari terakhir kat sini dah nak dekat sangat. Berapa hari je lagi. Lepas ni , aku akan rindukan korang semua. Roomate , practicumate , lecturers , mak cik cafe , mak cik tukang sapu , ais kacang sirap kuning , abang nasi goreng tomyam kedai depan tu , lagu dangdut mak cik guard , cikgu kawasaki , rapid penang , pasar malam sabtu , pak long , abang van , abang sup daging & semua lah. Aku akan ingat semua benda ni. Memori kita kita je. Memori yang tak mungkin luput dari ingatan aku , inshaAllah. 

So , untuk practicum aku , kitorang decide nak buat farewell trip. Ke mana ? Mula mula ingat nak pegi makan makan kat Puncak Mutiara je , tapi lepas tu ubah plan. Kitorang pegi makan dekat Hussin tomyam kat Bayan Baru & jenjalan kat Feringghi Beach yawww !

Feringghi Beach - March 18 , 2011.

Sumpah , tu la memori yang paling best sekali. Rindu sangat masa tu. Aku harap kita rapat cenggitu sampai bebila okayy ? Aku sayang korang.

PS : Rasa sedih bila teringat dah nak habis belajar.

Thursday, March 17, 2011

Penat

Salam readers ,

Tinggal 3 hari lagi , aku masih online. tapi , try to avoid facebook & menjadi silent reader semata. Tak tahu apa yang aku buat ni.

Yeahh , aku penat. -Bagilahh harapan kat aku.

Tambahan pula , matrikulasi nak memperkenalkan sistem baru semester depan. Masih keliru untuk memilih satu daripada keempat - empat modul yang ditawarkan. Kadang - kadang tak faham apa misi aku sebenarnya kat sini bila aku homesick -hehe , biaselahh. semua orang rasa yang ni kan kan kan ? ke aku sorang je ?

Harap - harap masih berada dalam landasan betul dengan nature aku. Aminn.
Semoga semua orang dapat buat pilihan yang tepat. *tetibe*


PS : Dah dua hari mimpi Safiq Rahim , bahagia betul. 

Tuesday, March 15, 2011

Your call

Salam readers ,

Sila klik untuk tumbesaran sebesar gajah.
Okayyy okayy okayyyy peeps. Dah lama tak update kan kan kan ? Alaa , korang pun mesti tau sebab apa. Aku dah letak pun countdown kat atas tu. FINAL EXAM okayy ? Ada lagi 5 hari & aku masih mengupdate blog setelah beberapa lama tak update. Banyak cerita korang terlepas.

Tapi , takpe. Aku tebus masa cuti 2 bulan nanti ye ?

So , tadi ada taklimat peperiksaan kat dewan. & kitorang dapat slip exam , macam kat atas tu. Bila dah dapat slip ni maknenya exam dah betul betul dekat la. Serius kut. Takut gilaaa. Rasa gelabah nak matiii T.T. Korang doakan aku ye. Terima kasih untuk semua doa tu. Semoga Tuhan balas jasa korang :) Aminn.

Rindu blog ni , rindu korang semua.
Takziah pada Jepun.

Salam sayang , 
Nabila Shah

PS : HAPPY BIRTHDAY ABANG FADIL.
Thanks fer being born.

Terima kasih.


HEHE.
First Buffered Earning from Nuffnang. Terima kasih ye.
Iklan ni menari nari masa aku sedang baca buku dekat hostel.

Terima kasihh bebanyakkk.
PS , I Love You , Nuffnang.

PS : Senyum sampai telinga.

Tuesday, March 08, 2011

Saya wanita , saya okayy.

SELAMAT HARI WANITA

Selamat hari wanita buat semua yang bergelar wanita kat luar sana. 
Buat mama ,
terima kasih kerana menjadi wanita paling hebat dalam hidup saya.
I love you mama , setiap hari.
Buat semua wanita di luar sana , lagu ni khas untuk korang.

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
 
Buat semua lelaki , hargailah orang yang bernama wanita okayy ? Tak kisah la sape pun. Ibu , isteri , kekasih mahupun kawan.

Ketahuilah di sebalik kejayaan lelaki itu dibelakangnya adalah wanita. 
Tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia.
Lahirnya korang kat dunia ni pun sebab seorang wanita.

 Hargailah mereka selayaknya. Mereka istimewa.

Selamat Hari Wanita.
Saya bangga menjadi satu daripada mereka.

PS : Kenapa takde Hari Lelaki eh ? Pelik jap.

Short update :(

Ini entri yang pendek. Tak cukup masa nak bermanja lama lama :(


Macam yang korang semua tau , kat atas ni. Aku akan berfinal dalam masa 2 minggu lagi. Doakan aku ye kawan kawan. Paper Math & Kimia II Alhamdulillah aku dah buat yang terbaik. Aku jugak harap aku dapat markah yang baik.
Minggu ni pulak ada Kimia I , iaitu pada hari ni ye. Jumaat ni ada paper Fizik. Tawakkal jelah.

Minggu ni aku agak sibuk dengan dinner PRD , dimana aku jugak terlibat bawah Creative Directing bersama sama 8 orang lagi. Weekend lepas aku dedikasikan dekat Malam Hibbur Rau'ah tu. Dahla hari ni ada Kimia II tu. Langsung tak study lagi. Saya ulang , tak study lagi.
Okayy , dah malam sangat ni. Nanti update lain ye. Nak cepat sorryyyy semua.
Saya rindukan Blogger Perak. Rindunyaaaaaa. Nak cecepat jumpaa korang semuaa.

PS : Saiful b Idris , saya minta maaf :( Takziah.

Thursday, March 03, 2011

TUTORIAL : Energy saving mode

Korang rasa berapa banyak COyang korang kuarkan bila menelaah laptop korang ? Tau tak ? Setiap minit ada 1000 orang yang browse website. Purata dia dalam 1.2kg CO2 yang atmosphera kita serap. Mana tak pengsan Bumi ni.


Mesti korang pernah tengok benda ni keluar kat sesetengah page tak pun blog yang korang lawat kan ?

Mula mula aku pun rasa 'Woahh , macam cool jea. Cemana nak buat ni ?'

So , selam punya selam dengan Uncle Google , dia bawak aku pegi sini.
Kat sini , dia ada cakap yang Energy Saver ni lahh cara yang paling mudah untuk buat sesuatu website tu guna kurang tenaga. Tenaga apa ? Tenaga yang diguna nak generate korang website tu lah. ES ni dapat tolong la nak hide animation , widget beratberat tu & macam macam lah. Baca la sendiri.

Okayy , malas ke ? Haishh. Jap jap.

Design > Edit HTML 

Dah ? Pastu tekan 
Ctrl + F

Dah ? Pastu taip ni
< head >

Jumpa ? Copy & paste letak kat tadi okayy ?


< script language="javascript" type="text/javascript" src="http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js">< /sc

Dah ? Dengan ini secara automatic korang dah tolong selamatkan Bumi. Terima kasihh sayangg.

Spread the Leaf.  Save Mother Earth :)

PS : Tutorial jea. yang lain tak sempat. Ada 2 paper lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...