Thursday, March 31, 2011

KAWAN JADI LAWAN

                             Dahulu parang sekarang besi 
                                     Dahulu sayang sekarang benci.

Selalunya , bila kita tahu kita melakukan salah , kita akan meminta maaf. Bukan senang nak minta maaf secara ikhlas. Ya , meminta maaf itu meruntuhkan keegoan diri. Kenapa lebih banyak orang menggunakan 'Sorry' daripada 'Maaf'. Maaf , perkataan ringkas tapi sangat bermakna. Memaafkan mengurangkan beban.


Aku terasa terpanggil untuk membuat entri ni apabila seorang kawan meluahkan rasa kecewa terhadap seorang kawan baik dia. Mungkin bekas kawan baik. Dendam yang selama ini dipendam , ledak macam gunung berapi. Ya , kita semua punya kelemahan. Tapi , bukankan lebih baik membaiki kelemahan itu daripada tetap redha dengan kelemahan yang kita punya tu ?

Tamatnya sesi pengajian , masing masing membawa diri. Delete kawan baik dari Facebook. Kenapa perlu macam tu ? Tak nak kawan tu stalk ? Tak nak ada hubungan dengan dia langsung dah ? Macam tu pulak ? Hello , dulu korang kawan baik la. Ingatla sikit pengorbanan masing masing. Takkan nak musnahkan persahabatan yang dah terjalin tu dengan sifat ego masing masing. Ye , korang dah besar. Dapat menilai baik buruk.

Seronok hati aku bila dapat tahu Aton (bukan nama sebenar) dah text untuk mintak maaf walaupun dah dekat rumah. Tapi , sedih hati aku bila Minah (bukan nama sebenar) cakap ,

'Sorry , salah nombor kot. Saya tak bercakap dengan malaikat.'

Terdiam aku di situ. Nilailah sendiri.
"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"
Oleh itu , saya dengan rendah hatinya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada melakukan kesilapan , mengguriskan hati & menyentapkan mana-mana pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.

PS : Entri ini bukan berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

6 comments:

Bro Azqar said...

betul3!!! kalau kata "sory".. bnyak kali!! sory, sory sory,, aku x sengaja.

"maaf"
maaf sekali lebih bermakna dari sori.
ewmm benar2 kata nabila...

Nabila Shah said...

@broazqar
taw takpe. 10 kali sory tak sama dengan satu maaf.

Anonymous said...

ehurm?

menarik

Nabila Shah said...

@anon
eherm ? terima kasih.

V.I.Princess said...

haha, itu perkara biase
*tangan kat bawah, mata ke atas

Nabila Shah said...

@puteri
haha. kurang biasa bg aku.
*kecikan mata , angguk angguk kepala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...