Tuesday, March 22, 2011

Sakit - ujian keimanan ?

 Hari ni hari kedua exam , aku masih lagi demam.
“Allahumma Robban naasi adzhibil ba’sa asyfi antasy syaafii laa syifaa’a illaa syifaa’uka syifaa’an laa yughoodiru saqoman. Imsahil ba’sa rabban naasi biyadikasy syifaa’u, laa aasyifa lahu illaa Anta, as’alullaahal ‘Azhiima, Robbal ‘ arsyil ‘Azhiimi an-yasfiyaka."


“Ya Allah Tuhan segala manusia, jauhkanlah kesukaran/penyakit itu dan sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tak ada ubat selain ubat-Mu, ubat yang tidak meninggalkan sakit lagi. Hilangkan lah penyakit 
itu, wahai Tuhan pengurus manusia. Hanya padamulah ubat itu. Tak ada yang dapat menghilangkan penyakit selain Engkau, aku mohon kepada Alloh yang Maha Agung, Tuhannya ‘arasy yang agung, semoga Dia menyembuhkan anda.” (HR. Bukhari dan Muslim)
 Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Setiap penyakit yang Allah bagi kepada kita semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar. Tetapi, ada masa manusia akan berdepan dengan musibah sakit tetapi ia bukan azab ditimpakan Allah kerana kemurkaan dan kebencian sebaliknya, ia sebahagian daripada kasih sayang Allah dan perhatian-Nya kepada orang beriman.

Ye , Allah sayangkan kita. Sebab tu Dia bagi kita sakit.


Masa sakit adalah masa bagi seseorang untuk merenung, mencermin diri & bermuhasabah terhadap segala perbuatannya yang lalu. Sakit juga isyarat bahawa manusia adalah makhluk lemah dan kerdil yang tidak dapat berbuat apa-apa, masih memerlukan hidayah serta pertolongan Allah yang Maha Berkuasa.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan.
(Riwayat Abu Sunnah)
Manusia diuji Allah sama ada dia insan sabar dan optimis atau mudah berputus asa serta pesimis. Sakit seharusnya dihadapi dan diterima sebagai ujian kesabaran dengan lapang dada dan terbuka.

InshaAllah , aku akan tabah dan sabar bila sakit. Semua ni ujian sebab Allah sayangkan aku. Dia nak gugurkan dosa tu.

PS : Tabah ye , Nabila ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...