Monday, March 28, 2011

Siapa cakap soya tu tak bagus ?

Salam readers.

Tadi pergi menjelajah blog blog orang sambil mengorek isi isi dorang. Masa melawat blog Shah Jihan *tengok tengok , sama Shah la* ada terjumpa satu entry ni. Masa tu macam gelabah gila tengok. Kenapa ? Sebab aku sukaa soya okayy ? Suka soya. Suka soya sebab soya sedap , bukan sebab teringin dapat anak putih melepak *okayy , berangan. belum berkahwin pun lagi*. So , inilah dia kebeurukan soya yang telah SJ copy paste dari page Ustaz Hashim Al - Maranji.

Soya adalah salah satu makanan yang digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan mengandungi nutrien penting dan protein. Banyak pendedahan oleh orang Amerika sendiri tentang betapa  soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan?).
KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(: komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(: phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
KESDikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari ! *ini serius*
KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Wallahu a'lam
 Rujukan: 1. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.2. Sila rujuk kepada penulisan dan video oleh Dr. Mercola. 

Kesimpulannya kat sini , bukan tak yah minum langsung. Kalau tengok darpada sudut positif , soya ada juga kebaikan. Jadi , kurangkanlah pengambilan soya tu. Lagipun , soya tu kan manis ? Gantikan dengan air masak kan lebih baik ? Kurangkan gula dalam minuman , lebihkan dalam senyuman :) *berkempen , okayy? *

Buat Asma , lepas ni takde lagilah soya time study group :) Suka lah kau kan ?
Boleh copy untuk kebaikan semua serta peringatan buat pecinta soya tegar :)

PS : Soya dekat Kolej RM2.70 :(

9 comments:

Muhd Fadil said...

abg ade buat entri ni mase memula blogging. tak silap entri yang ke 5. hahaha..
mekasih sebab bagi info ( walaupun dah tau ) lalalala

aliaa farhana said...

emm.....memang ta kan minum soya...wek3!!!

nway, thanx 4 the info dek! =)

Nabila Shah said...

@abang fadil
tengok tengok , abang buat entri ni masa mula blogging. Nabila ? baru je =.="

~Kirin Selama Perak~ said...

adoi
KSP suka minum soya.
agak2 terganggu tak kitaran haid?
:p

Nabila Shah said...

@kak aliaa
tau dah. kak al allergic =.= sesame :)

@KSP
errr , mungkin lepas ni kitaran ksp dah stop. mungkin dah menopous ?

Muhd Fadil said...

rasenya KSP dah lama menopous.
tu pasal la dia selalu munum kacip fatimah. :)

Nabila Shah said...

@abg fadil
erk , kacip fatimah ? okayy, baru tau. =.="

Muhd Fadil said...

eh seilap. abg nye entri pasal soya bukan ke 5.. tapi ke.. err.. sepuluh kot. try la check kat blog abg.

Nabila Shah said...

@abg fadil
entri ke 32 la abg !=.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...