Tuesday, March 08, 2011

Saya wanita , saya okayy.

SELAMAT HARI WANITA

Selamat hari wanita buat semua yang bergelar wanita kat luar sana. 
Buat mama ,
terima kasih kerana menjadi wanita paling hebat dalam hidup saya.
I love you mama , setiap hari.
Buat semua wanita di luar sana , lagu ni khas untuk korang.

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
 
Buat semua lelaki , hargailah orang yang bernama wanita okayy ? Tak kisah la sape pun. Ibu , isteri , kekasih mahupun kawan.

Ketahuilah di sebalik kejayaan lelaki itu dibelakangnya adalah wanita. 
Tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia.
Lahirnya korang kat dunia ni pun sebab seorang wanita.

 Hargailah mereka selayaknya. Mereka istimewa.

Selamat Hari Wanita.
Saya bangga menjadi satu daripada mereka.

PS : Kenapa takde Hari Lelaki eh ? Pelik jap.

1 comment:

shameel Iskandar said...

salam alaik.

sempena hari wanita ini, elok juga kita renung kehebatan seorg tokoh wanita silam.

iaitu Kehebatan Aishah, isteri Nabi S.A.W dalam bidang hadis dan perubatan. Dlm hadis ramai sahabat2 Nabi bertnyakan aishah bila ada kemusykilan. atas dalil ini, segelinitr ulama mengharuskan wanita menjadi mufti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...