Wednesday, April 27, 2011

Misteri result Peperiksaan Akhir (PA) 2010/2011

Salam readers , 

Alhamdulillah , result aku sudah keluar. Alhamdulillah , aku masih dapat teruskan pelajaran aku kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang lagi. Kepada junior-junior KMPP , jumpa next semester nanti tegur ye ? Selepas teka - teki tentang result aku , sekarang aku akan tayang result aku yang tak hebat macam korang tu. Tadaaaaa !

Hehe. Sorry sorry sorry. Tu je yang boleh tunjuk. Lepas dapat result ni , aku cuba-cuba la try kat website yang masuk U tu , apa yang aku layak dengan pointer sebanyak tu. So , nilahh keputusannya. Aku just tengok kelayakkan aku kat USM. So , dengan ini mungkin aku boleh improve lagi next semester untuk dapat yang terbaik kan ? Korang pun boleh cuba :)

Sila klik untuk gambaran lebih besar.
Inilah senarai program yang aku layak mohon dengan pointer sebanyak ni. Yelaaa , setakat 3.++ memang tak la nak dapat critical courses kan ? Setakat layak jela. So , untuk next sem kena lebih gigih untuk dapat insyaAllah 4.00. Doakan aku ye kawan kawan. Terima kasih.

Terima kasih buat yang berdoa untuk aku. Terima kasih buat yang bagi semangat kat aku. Terima kasih buat yang percaya pada aku. Terima kasih Allah. Terima kasih Mama & Abah. Terima kasih Angah , Diraa & Arief. Terima kasih Saiful Idris. Terima kasih KMPP. Terima kasih pensyarah. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih followers. Terima kasih readers. Maaf , jika nama tidak disebutkan disini , namun begitu aku sangat menghargai kalian :) Terima kasih untuk segalanya.

PS : Bye Ipoh , Hello Kuala Lumpur :)

Hari penting

Interview SPA di Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta.

dan

Keputusan Peperiksaan Akhir 2010/2011

Doakan saya :) Terima kasih.

PS : Kenapa cepat sangat ? =.="

Monday, April 25, 2011

NOTIS TENTANG SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM MATRIKULASI 2010/2011

Salam readers , 

Entri kali ini khas untuk pelajar matrikulasi Program Dua Tahun 2010/2011 seluruh negara.

Semua pelajar boleh menyemak keputusan Peperiksaan Akhir pada 26 April 2011 iaitu esok ye ? Korang boleh 
check mulai jam 10 pg melalui dua cara.


userid : No. Matrik + 6 Digit terakhir dalam No. K.P.
contoh : MA0455527085026295

2. Telefon Kolej : 05-3594949 @ BMKPM : 03-88844022

PS : Esok , interview SPA.

Sunday, April 24, 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR (PA) PROGRAM MATRIKULASI 2010/2011

Salam readers ,

Tak pecaya ? Klik sini.
"Semoga Nabila Shah & semua orang mendapat result yang cemerlang serta dapat menyambung kembali pengajiannya. Aminnn."

Terima kasih mendoakan saya. 
Semoga Allah membalasnya :)

Saya adalah antara 10 orang yang diperlukan

Diperlukan ? Untuk apa ?
Ya , untuk sebuah projek oleh Diqwan sendiri. Sebuah projek pistol yang diberi nama 'Blog Media' ye. Untuk merealisasikan projek ni , Diqwan nak menyerap masuk 10 orang untuk menjadi ahli 'Blog Media'. Nak tau pasal entri tu ? Klik sini.


Kenapa kau nak jadi geng Blog Media ?
Kenapa ? Sebab aku yakin dengan advancenya konsep yang diketengahkan. Berbeza konsepnya. & aku jugak yakin dengan idea-idea yang disumbangkan akan mendapat sambutan ramai. Kenapa ? Macam aku cakap tadi ,  konsep itu sendiri yang membezakan Blog Media dengan yang lain. Selain tu , traffik jugak boleh ditingkatkan , itu bagus untuk blogger kan ? So , aku akan berbangga jika aku adalah salah sorang ahlinya :)
Cadangan macam mana nak bagi Blog Media ni lagi menarik.
Macam-macam boleh buat untuk bagi Blog Media ni menarik. Selain forum , kita juga boleh buat chatroom sendiri. Selain download movie , kita jugak boleh buat download software ataupun e-book. Selain letak isu semasa , kita jugak boleh buat online TV takpun radio je. Kita boleh buat Q & A dan review gadget yang baru atau terhangat kat pasaran jugak.


Sekian , terima kasih. 


PS : Perlukan  10 calon imam muda . Hehe.

Selamat Bertunang Sayang.

Ashraf & Dayana 
Ashraf nampak bahagia betul.
SUMBER : MSTAR ONLINE

Belum lama hati ini pulih akibat status Yuna & Qi Razali , kini luka baru pulak kat hati ni. Sebab sapa ? Ya , sebab dia. Dialah orangnya , Ashraf Muslim. Ya , koyak rabak hati ni. Biarlah selepas ini hanya filem & drama mu yang menjadi pengubat rindu di hati ini.

Selamat bertunang , Ashraf.

Perkahwinan bakal dilangsungkan pada 1 Syawal di Tanah Suci Mekah.
Semoga berbahagia.

PS : We must be willing to let go of the life we have planned,
 so as to have the life that is waiting for us.

Monday, April 18, 2011

EH , TUA KE ?


If I couldn't be the first one to wish you, at least I can be the last one to cross your mind this birthday! Happy Belated Birthday in advance
ATEN AZHAR


Aten , sekarang 12:01 AM ,

Thanks fer being born. I love you.
Semoga dapat bofren macam Justin Bibir ye.
HAPPY BELATED BIRTHDAY IN ADVANCE :)
=.="


PS : In advance okayy ? =.="

Saturday, April 16, 2011

Hantaran dah siap !

Salam readers , 
Hadiah ? Birthday aku bulan 9 la !
Selepas 2 hari tak online facebook & tak update blog , punya la belambak notification tuu. Haish. Email pun tak check. Tapi , tetiba ada satu wall post kat FB oleh seseorang yang buat aku terbuka mata leluas.

Siapa siapa ?
Tak kira ! Nak jugak letak pic ni. Nak bakar pun bakar la , tak kisah.  LALALALA.
Nak kenal ? Klik sini lah !
Okayyy , ni lahh orang nya. Dia pernah menyuarakan isi hasrat hati dulu kat entry ni. Jadi , sekarang ni tibalah masa dia menunaikan apa yang telah ditawarkan. Pemberian beliau ni dah mengembirakan berjuta hati. Tak kira gadis atau jejaka. Termasuklah aku. Ye , aku. Ribuan terima kasih diucapkan. 

Siang malam menunggu hantaran beliau bagai pungguk rindukan bulan. Namun , segala penantian tidak sia-sia. Beliau memberikan yang terbaik buat aku. Terima kasih sekali lagi. Nak tengok amendenya ?

Tadaaaa ! Inilahhh mendenyaa !
Cun kan ? Kudos untuk Azqar atas header ni. Dah pakai dah pun. Nice tak ? Dengan ni , entry ini di akhiri dengan serangkap pantun buat Azqar.


Siapa tak suka header free ,
Diberi Azqar yang baik hati ,
Header menarik cantik berseri ,
Terima kasih seikhlas hati.

PS : Credit untuk Azqar buat gambar masa kecik tu :)

Monday, April 11, 2011

Give Away dari Nelly dan Mas untuk BLOGGER


Apa Pendapat Anda Tentang BLOG Mas Ahmad Safwan dan Nelly the Strange

BLOG MAS AHMAD SAFWAN
Interaktif , menarik & banyak input yang sangat berguna. Terutamanya vtutor dia. Seriously.

BLOG NELLY THE STRANGE
Nelly banyak entry menarik , suka baca. Lagipun , cara penulisan yang antai senang buat orang nak sukaa :D

Kenapa nak JOIN Give Away dari Nelly dan Mas ?

Sebab tak pernah jion GA , ni first time. *EKSAITED*
Sebab ni GA from Nelly & Mas
Sebab Maira tag *THANKSSS , MAIRA*

Tag kepada 3 orang kenalan anda

Puteri 
Faiz
Naqib

IKHLAS YANG DICARI

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Hati adalah segumpal darah. Hati medan mentarbiyah diri. Hati bersaudara dengan iman , taqwa & ilmu. Hati jika tidak dijaga bakal mati. Hati terkadang kecundang dalam dakapan iblis laknatullah. Hati yang bersih adanya niat yang luhur. Teringat kata-kata hikmat Arab ketika disekolah dahulu , 'Segala amal bergantung pada niat'Ikhlas bermula dari niat. Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ? 


Ikhlas bukan pada nilai. Ada yang meminta bantuan , kita menghulurkan seringgit. Seringgitkah nilai ikhlas itu ? Ikhlas bukan pada kecilnya nilai. Ada yang meminta bantuan , kita hulurkan RM50. Tinggikah nilai ikhlas kita ? Ikhlas bukan pada tingginya nilai. Masih ikhlaskah kita jika kita mengungkit pemberian tersebut ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?

Bila ada yang memohon maaf , pastinya ada yang memberi maaf. Ya , memberi maaf itu memang mulia. Namun , jika kita berbangga, bermegah diri dengan pemberian maaf itu lalu mengungkit-ungkit walaupun dalam hati yang kononnya kita lebih mulia , masih ikhlas kah kita ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?

Bila kita membuat sesuatu dengan bersungguh , insyaAllah dikurnia kejayaan. Alhamdullilah , kita masih tahu erti bersyukur. Namun , jarang sekali kita ingat untuk menyebut bahawa doa , usaha , ikhtiar dan tawakkal merupakan kunci kejayaan. Yang meniti dibibir kita , hanyalah usaha penat jerih kita sendiri. Lupakah kita pada Maha Pencipta ? Ikhlaskah kita membuat sesuatu ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?

Lupakah kita pada ikhlasnya Saidina Abu Bakar? Jutawan Mekah yang akhirnya papa kedana kerana semuanya diinfak pada perjuangan menegakkan Islam. Hanya kain yang ditinggalkan apabila dirinya wafat. Apa yang tinggal buat isteri dan anaknya, jawabnya mudah. Allah dan RasulNya.

Ikhlas itu mudah tapi bukan mudah mencari ikhlas. 

PS : Ikhlas kah diri ini ?

Segmen TEKA & MENANG

Salam readers ,

Hari ni , nak join segmen Abang Junko kita. Abang Junko ni tengah sibuk nak buat persiapan perkahwinan dia. Selamat Pengantin Baru ye :)

Nak join ? Klik gambarr :D

ORANG YANG MEMBUATNYA TIDAK MAHU MEMAKAI,
ORANG YANG MEMBELINYA PUN TIDAK MAHU MEMAKAI
ANEHNYA , ORANG YANG MEMAKAINYA TIDAK SEDAR YANG DIA MEMAKAINYA
APAKAH BENDA ITU

JAWAPAN : KERANDA

PS : Nota Hati Seorang Lelaki oleh Ustaz Pahrol Muhd Juoi.

SATU DALAM SEJUTA

Salam readers ,


Ini Taufik Batisah. Okayy. Okayy. Okayy. Tak okayy. Ni Taufik Batisah lahh ! Taufik Batisah kott ! *Jerit kuat kuat* Okayy , cukup. Tengoktengok , dia nyanyi lagu apa ? ONE IN A MILLION , dude ! && , he's reffering to me. *OKAYY , PERASAN JAPP !*

Thnkss to Taufik Batisah fer the song.
I love Ne-yo. I love ONE IN A MILLION. And yeahh , u too.

AisyaJ , sila tengok mata & senyuman tu dekat 0:13 - 0:16 :p
Taufik Batisah , si pencair pencuri hati 

PS : Sumpahh , cute gilaaa :D

Pindaan Tarikh Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Salam readers ,

Entri kali ni untuk lepasan SPM 2010. Pada entri lepas , aku ada bagitau yang Semakan nama calon temuduga KPLSPM 11 April 2011 , kan ? Tadi , aku bukak website MOE , diorang dah tukar tarikh. 


Semakan nama calon berjaya ditemuduga bagi Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 telah dipinda ke 12 April 2011. Calon boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang KPM bermula 12 April 2011.

Harap maklum.

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat MOE

Untuk menyemak , korang boleh pergi sini.

Saturday, April 09, 2011

Dialek Peghok : C/D/E

Salam readers.

Sambungan entry ni, huruf A/B :)


#C
Cabok= buruk (Ayat: basikal cabok pun kena curi.)
Cakcibor= pepatung
Capang= kembang terbuka
Ce= ? ,cuba (Ayat: Ce kamu buat dulu, lepas tu aku)
Cebok= gayung, bekas cedok air
Ceghoye= cari
Cekoh= pegang, sentuh
Celuih= lepas
Cemei= mata sepet, separuh buta
Cerangap' bercerangap=bersepah,tak tersusun
Cerum-ceram= seram sejuk
Cicor= cicir
Cior= kusyen/tilam kecil untuk majlis akad nikah
Co'et= sikit sangat (Ayat: Alah! seco'et je yang dapat)
Cokeh= cari (Ayat: Apa dicokeh?)
Conggek= berjalan agak tonggek
Coyer= cari
Cupoi= hujung


#D
Dabe= beg duit, wallet
Dedor = badan suam-suam rasa macam nak demam
Degor, berdegor= bergetar
Deme= mereka
Dengkut= tempang
Deruih= nakal


#E
Engkoh, engkohnya= rupa-rupanya

PS : Buat engkau , sila bangun dari lena :p

Friday, April 08, 2011

Dialek Peghok : A/B

Disebabkan pengaruh Usop Wilcha tu hebat bebenor , ni ada sikit Dialek Peghok yang boleh dikongsikan. Thanks to ex-classmate , Azmil Irfan :)

#A
Apa ke he = apakah hal
Ate= (pemula bicara)(Ayat : Mana nampok. Ate , matenye bute.)
Awok= saya, aku
Ayor= air

#B
Bak= minta
Beda'ah= bohong, tipu (ayat: Kamu jangan beda'ah!)
Bedek= periksa sesuatu
Bedi= sejuk
Bedik= terpejam-pejam(mata)
Begik= degil
Behe= bengkak peha
Berambat= berlari
Bercherah, bercheghoh 1)Bunyi echo 2) Bunyi akibat sesuatu. (ayat: Bercherah bunyi meroyamnye sampe ke Kuala / padan le bunyi bercherahhh kat kebun tadi, rope2 ade kerete kebe (babi)
Berde'eh= merengus
Bergediok= banyak, ramai
Berjujuih= berbaris-baris, bersusun-susun
Beroyang= biawak air
Berunte= beransur
Bibior = bibir
Bojot= basah
Bolen= telanjang
Bonyeh= basah + lembab + kotor
Bonyok= hempap, tindih, tekan
Buat kerin= buat tak tahu
Bulor, Kebulor= lapar, kemaruk
Bulut= gulung

PS : Ada di hospital 3 hari berturut-turut.

Thursday, April 07, 2011

SAPA TEPAT DIA DAPAT

Salam readers & Puteri Katek :)

Ni contest from Puteri Katek , Nabila join dah. Korang ada ?


Nak join ? Klik la gambar tuh.

Soalan 1 : Ada berapa jenis? Namakan jenis2 (nama/brand) benda alah di atas.
Ada dua jenis. ChokiChoki & Toblerone

Soalan 2: Setiap jenis tu ada berapa bijik? (teka dengan tepat)
Chokichoki : 4
Toblerone : 9

Soalan 3: Teka harga setiap jenis tersebut.. Hint : setiap paket.bukan seketul. Below RM13.
ChokiChoki : RM 1.20
Toblerone : RM 11.90

PS : Harap harap dapat topup RM5 tu :p

Terima kasih kali keempat.


Terima kasih Nuffnang. Saya amat terharu untuk BE yang keempat ini.
Terima kasih sekali lagi.

PS : I Love You Nuffnang.

Karnival Pendidikan MARA

YEAHH , ADA PELUANG HEBAT UNTUK PELAJAR DI PERAK !
Terutamanya lepasan SPM. 

Bukan tu saja , untuk sesape yang nak semak pinjaman dengan MARA pun boleh. Nak mintak kerja pun boleh , nak buat resume boleh. Macam-macam lagi lah. Tapi , yang tu korang kena pergi kat PWTC lah !


Yang dekat Ipoh , check this out :

Tempat : Ipoh Parade
Tarikh : 9-10 April 2011
Masa : 10 pg - 6 ptg.

Cepat ! Cepat ! Cepat !

PS : 10 hb ada gathering Blogger Perak.

Monday, April 04, 2011

Tarikh penting lepasan SPM 2010.

Salam readers ,

Update ni khas untuk lepasan SPM 2010 macam AtenAzhar , AnyezNasri , EijaHassan dan lain lain *sorry , tak sebut nama*. Ni adalah tarikh tarikh penting untuk korang ye. NS doakan supaya korang berjaya.

8.4.2011 JPA Interview Online Checking Interview status
11.4.2011 KPLSPM Online Checking for Interview status
12.4.2011-14.4.2011 JPA Interview
14.4.2011 MARA online checking for interview status
18.4.2011-29.4.2011 KPLSPM Interview
28.4.2011 Matriculation online checking result
First week of May IPTA online checking result
9.5.2011 STPM (Form 6) Intake
21.5.2011 KPLSPM Online Checking Result
23.5.2011 Matriculation Intake
1.6.2011 IPTA Intake
20.6.2011 KPLSPM Intake

Buat student Matrik macam AisyaJ , IdzniNasution , FatinSya , AfeerahAy dan lainlain , result kita semua maybe keluar awal bulan 5 sebab diorang check result akhir bulan 4. Okayy , ini sangat scary. Sesama kita doa dapat 4 Flat :) Aminn.

PS : Sukaaa Shahiezy Sam. Awww.

Sunday, April 03, 2011

Camping Part III : Aksi Pengakap di SK Seri Jaya


Bangga bila bebudak ni menang Malam Pengakap tu. Johan okayy. Bangga kejap sebab aku yang tolong cat muka dorang. & diorang jugak dapat tempat ketiga untuk tapak perkhemahan terbaik. Ada 26 buah sekolah semuanya , 345 orang pelajar sekolah rendah. Hebat hebat. *clapclap*

Ini tarian Sewang , youu !
Masa pemeriksaan pagi.

Suka nak pegi camp lagii :) Dapat orang panggil cikgu lagi. Teehee :D Hujung bulan ni ada camp Rambu dekat Kampar pulak.

'Dengan ini saya merasmikan penutupan PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH KINTA SIRI 1 / 2011 di SK SERI JAYA , BATU GAJAH.'

PS : Hai , Cikgu Nabila.

Camping Part II : CIKGU CEKGI


Okayy okayy. Ni camp site & kat belakang tu ada satu mysterious guy yang asyik pluck gitar sejak sebelum aku datang & tak tau bila dia tamat.

Sebelum tu ,
Lelaki 1 : Cikgu ke ?
NShah : Ha ? Eh , tak lah. Anak cikgu. (tengah angkat air)
Lelaki 1 : Oh , okayy okayy.
NShah : Okay.
Seterusnya , 
Perempuan 1 : Dapat guru pelatih ke ? (sambil tunjuk arah aku)
Mak NShah : Eh , tak la. Anak tu. =.=

Setakat ni , takde lagi bebudak sekolah mak aku yang panggil aku cikgu.
Kemudian , bila malam sikit. Before start Malam Pengakap , khemah belakang tu pun dah takde sound plucking dah. & aku tengah tulis nama Kumpulan Pengakap tu.

Tiba - tiba ..

Lelaki 2 : Sibuknya. Buat pe tu ?
NShah : Takde la. Tengah tulis nama orang orang ni.
Lelaki 2 : Pagi esok ada Pemeriksaan Pagi kan ?
NShah : Ha ? Entah , tak tau la. (Sambil buat muka pelik) 
Adik : Aahh , ada ada. Ada rasanya. =.=
Lelaki 2 : Bukan cikgu ke ?
NShah : Bukan. Anak cikgu :).
Lelaki 2 : Oh , umur berapa ni ?
NShah : 19. Cikgu ke ? Ke orang yang tolong tolong ? *suppose to be urusetia la* 
Lelaki 2 : Eh , takla. Anak cikgu jugak :p Tak tak , saya cikgu sekolah khemah belakang ni (sambil sebut nama sekolah). 
NShah : Oh , okayy okayy. (cikgu hensem :p) 
Lelaki 2 : 19 tingkatan... (sambil pikirr) 
NShah : Mana ada form dah. 
Lelaki 2 : Tido sini ke malam ni ?
NShah : Tak la. Tido kat rumah la.
Lelaki 2 : Kenapa tak tido sini ? takut letewww. Sapa tido sini ?
NShah :  Mane ade. Cikgu laki tido sini. (nak pergi lekat pe benda yang aku tulis tadi) 
Lelaki 2 : Okay lahh. Nak pergi tengok bebudak sekolah saya lah.
NShah : Okbai.
Okayy , cikgu ni pun ingat aku ni cikgu. 

Hari last day , aku pergi kantin nak amik buku log bebudak Pengakap sekolah mak aku.

Tetibe ...
Perempuan 2 : Ye cikgu , nak ambik buku sekolah mana ?
NShah : (sebut nama sekolah). Terima kasih.

Okayy , masih cikgu lagi di situ.

Muka aku ada macam cikgu ke ? Dulu Abang Fadil cakap aku cam cikgu tadika kat entri ni. Okayy , maybe patut ubah profesyen ke perguruan ? Mungkinkah ? Mungkin tidak , sebab aku nakal kat sekolah dulu. Cikgu aku selalu cakap , nanti baru kitorang rasa apa yang cecikgu ni rasa. Biar anak murid kitorang lebih nakal dari kitorang.

PS : Nak jadi cikgu Universiti , boleh ?

Saturday, April 02, 2011

Pilihanku ? Andainya Aku Pergi ke Langit Biru.

Salam readers ,

Check this outttt ! Pengsan kejap , okayy chill chill. Siapa ni siapa ni ?

Caprice dude ! *Arghhh , its Caprice.*


He is waaaaaaay too cute.
He is waaaaaaay too cute.
He is waaaaaaay too cute.
Okayy, enough. He is super cute.

                                    


CAPRICE , 
You're awesome , dude. & i love you ♥.
OH OH , YOU'RE ONE OF MY SWEETEST NIGHTINGALE :)
Im waiting fer your Langit Biru ♥.

Would like to know him ? He is super friendly.
His Youtube.
His 'Andainya Aku Pergi'.

PS : Stay the precious you foreverrrr :)
Haters , back off.

Friday, April 01, 2011

Mak ajak dating ?

Salam readers ,

Mama : Nak ikut dak mama hantaq Arief camping kat Batu Gajah ?
NS : Bila ? Lama ka ?
Mama : Sat g. Sat ja kot. Tak mau ikut pun tak pa , duk rumah ja.
NS : Pengakap sekolah rendah ja ka ?
Mama : Dak aih , sekali la. Sekolah rendah dengan menengah.
NS : Mesti takdak orang hensem. Tak ikot pi kot.
Mama : Ada la. Ada Pengakap Kelana jugak rasanya.
NS : *menyampuk* NAK IKUTT !
Mama : Tapi , ramai dah kahwin la. *gelak jahat*
NS : =.="
Mama : Ikut dak ?
NS : Ikut ikut.
5 FAKTA :
* Mama aku cikgu Pengakap.
* Aku memang cakap utara dengan family.
*Bila sampai , tak kenal mana satu Pengakap Kelana *tah tah takde pun*
*Ramai cikgu pelatih mudamuda kacakacak.
* Jarang sekali aku gatai camni :p

PS : Aku tak sambut April Fool's Day.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...