Monday, April 11, 2011

IKHLAS YANG DICARI

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Hati adalah segumpal darah. Hati medan mentarbiyah diri. Hati bersaudara dengan iman , taqwa & ilmu. Hati jika tidak dijaga bakal mati. Hati terkadang kecundang dalam dakapan iblis laknatullah. Hati yang bersih adanya niat yang luhur. Teringat kata-kata hikmat Arab ketika disekolah dahulu , 'Segala amal bergantung pada niat'Ikhlas bermula dari niat. Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ? 


Ikhlas bukan pada nilai. Ada yang meminta bantuan , kita menghulurkan seringgit. Seringgitkah nilai ikhlas itu ? Ikhlas bukan pada kecilnya nilai. Ada yang meminta bantuan , kita hulurkan RM50. Tinggikah nilai ikhlas kita ? Ikhlas bukan pada tingginya nilai. Masih ikhlaskah kita jika kita mengungkit pemberian tersebut ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?

Bila ada yang memohon maaf , pastinya ada yang memberi maaf. Ya , memberi maaf itu memang mulia. Namun , jika kita berbangga, bermegah diri dengan pemberian maaf itu lalu mengungkit-ungkit walaupun dalam hati yang kononnya kita lebih mulia , masih ikhlas kah kita ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?

Bila kita membuat sesuatu dengan bersungguh , insyaAllah dikurnia kejayaan. Alhamdullilah , kita masih tahu erti bersyukur. Namun , jarang sekali kita ingat untuk menyebut bahawa doa , usaha , ikhtiar dan tawakkal merupakan kunci kejayaan. Yang meniti dibibir kita , hanyalah usaha penat jerih kita sendiri. Lupakah kita pada Maha Pencipta ? Ikhlaskah kita membuat sesuatu ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?

Lupakah kita pada ikhlasnya Saidina Abu Bakar? Jutawan Mekah yang akhirnya papa kedana kerana semuanya diinfak pada perjuangan menegakkan Islam. Hanya kain yang ditinggalkan apabila dirinya wafat. Apa yang tinggal buat isteri dan anaknya, jawabnya mudah. Allah dan RasulNya.

Ikhlas itu mudah tapi bukan mudah mencari ikhlas. 

PS : Ikhlas kah diri ini ?

3 comments:

Aisya J said...

Saya ikhlas berkawan dengan awak, syud. HAHAHA

Nabila Shah said...

@aisya
woaahhh , terharu gilaa doe :D

MaiRa QuEeN said...

http://ctqueen.blogspot.com/2011/04/give-away-dari-nelly-dan-mas-untuk.html

dtag

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...