Pulang semula ke kolej membuatkan aku berfikir tentang beberapa perubahan yang bakal berlaku. Namun begitu , aku tidaklah mengharapkan perubahan yang drastik. Adatlah , apa yang kita tak mahu , itu yang kita dapat. Betul tak ?
Ya , banyak perubahan yang telah berlaku selepas seminggu kat sini. Bagi aku , ia sangat drastik. Mungkin bagi korang ni biasa saja.
Antara perubahan yang berlaku :
- Aku sekarang pelajar Sains Fizik. Aku dapat course ini & terima dengan hati rela. Yelahh , seberapa banyak aku lari daripada Fizik , tetap juga aku akan jumpa Fizik. So , mungkin sudah jodoh aku dengan Fizik. Siapa tahu ?
- Aku sudah bertukar blok , kalau dulu dekat je nak pergi kuliah semua. Sekarang blok dah jauh la , walaupun takla jauh mana berbanding A1.
- Aku tak sempat tidur petang dah. Banyak sangat kerja nak buat.
- Aku makan nasi sekali je sehari =.= Bukan takde duit. Tapi tak sempat nak curi masa.
- Aku jarang bukak laptop. Selama aku kat sini. Ni baru kali kedua aku lawat blog aku yang semakin usang ni.
- Aku rasa aku macam surau & library tu bilik kedua dan ketiga aku. Bukan apa , bilik jauh masa sejam je. Dahla duduk tingkat 4. Daripada naik bilik-tak sempat buat apa-dah kena turun balik , baik aku duduk je kat surau dengan libraray tu.
Ya , ini perubahan bagi aku yang amat ketara. Aku makin serius dalam belajar. Bohonglah kalau aku katakan aku suka keadaan macam ni. Jujur aku rindukan kehidupan tahun lepas. Sangat. Tapi , setiap orang perlu berhijrah dalam hidup masing-masing. Tetapkan matlamat , InsyaAllah tercapai.
"Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.” - Rasulullah SAW.

No comments:
Post a Comment